Saturday, August 9, 2008

Khasiat Bendi

KHASIAT BENDI

Bendi – sayuran popular di kawasan Asia Tenggara, seperti Malaysia, Filipina, Thai dan Vietnam. Sayuran ini terdiri daripada 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, khususnya vitamin B, selain kaya dengan kandungan kalsium.


Khasiat Makanan ;

ü Buah yang muda boleh dijadikan sayuran, boleh dimakan mentah, digoreng, dimasak sebagai sup atau dijadikan sos. Ia juga boleh dikeringkan atau dibuat acar.

ü Biji boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kopi.

ü Daun muda boleh dimakan oleh manusia atau dijadikan makanan haiwan.


Khasiat Perubatan ;

ü Buah – amat baik untuk membantu menguatkan otak, iaitu bagi menambah daya ingatan dan kecerdasan.

ü Biji, akar dan bunga – sekiranya direbus dapat melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, dan mengurangkan masalah susah bersalin.

ü Air rebusan biji, akar dan bunga – boleh dicampurkan dengan gula sebagai sirap untuk rawatan batuk-batuk dan sakit kerongkong.

ü Air rebusan biji, akar dan bunga – boleh disapu pada pelbagai kenis kudis dan bisul.

ü Lendir buah – boleh dijadikan ubat untuk menyejuk dan melembutkan kulit.

No comments: