Friday, September 26, 2008

MENJAGA KESIHATAN

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama.

Banyak Cara Menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Insyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-


1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening/ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tidakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaiatu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) .

Wassalam.

No comments: