“Tahukah kamu bagaimana Tuhanmu telah bertindak ke atas tentera bergajah? Bukankah DIA telah menjadikan tipu daya mereka yang menyesatkan untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Lalu dihantarNYA burung-burung yang berbondong-bondong yang melempari mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Lalu dijadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.” (al-Fiil : 1-6)”
Islam ini agama yang lengkap. Ia sebuah manual hidup untuk membantu umat manusia kaedah terbaik menggunakan dunia, bumi dan alam keseluruhannya. Mengikutinya dan mematuhinya adalah asas-asas yang terang untuk hidup dalam kebahagiaan. Bagai malam di bulan bersinar, memasuki rumah suci Islam samalah seperti memasuki sebuah gerbang kebahagiaan yang terang benderang.
Islam bukan agama perkakas yang boleh dijadikan topeng untuk menelurkan projek dan menetaskan laba sebanyak-banyak untuk dikaut rakus oleh kapitalis kuasa... Ini agama dunia dan akhirat. Ini agama bersyariat. Ada dosa ada pahala. Ada taat ada derhaka. Ada izin ada redha. Dan, ada syurga ada neraka.
Di hujung kehidupan setiap orang dari kita ada ada kematian dan ada hari kebangkitan. Kita dibangkit untuk dibalas di atas setiap aktiviti yang kita lakukan di atas muka bumi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment