Tujuan dan Kepentingan Taklim
1. Taklim dibaca/didengar supaya kita mendapat nur dari Al-Quran dan Hadith.
- Tiap-tiap ayat ALLAH SWT itu mempunyai nur
- Tiap-tiap hadith Rasulullah SAW itu juga mempunyai nur
- InsyaALLAH dengan kita duduk dalam majlis taklim, kita akan endapat nur dari
Al-Quran dan Hadith
2. Supaya kita tahu nilai/fadhilat amal
- Kita tahu tentang nilai pekerjaan, pelajaran dan kebendaan. Sebab itulah kita berusaha.
Sanggup tinggalkan kampung halaman, sanggup berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga.
Kerana apa? Kerana kita tahu nilai kerja, duit dan juga pelajaran.
- Jika kita tahu nilai (fazdilat) solat, tahu nilai berzikir, tahu nilai membaca Al-Quran dan
sebagainya; InsyaALLAH akan timbul ghairah untuk kita berusaha bagi mengamalkannya.
3. Hendak menimbulkan kesan di dalam hati tentang kebesaran ALLAH SWT dan Akhirat.
- Cuba bayangkan apabila kita cerita tentang makanan yang lazat, kita terliur. Sebab apa?
Sebab ada kesan.
- Cuba kita cerita tentang Amerika dan Russia. Kita tahu tentang kehebatan kedua-dua
buah negara itu walaupun kita tak pernah sampai di sana. Sebab apa? Sebab kita selalu
dengar di radio, televisyen, akhbar dan sebagainya.
- Begitu juga jika kita selalu dengar dan berbincang pasal kebesaran ALLAH SWT, akhirat
dan amalan agama. InsyaALLAH hati kita akan terkesan dengan kebesaran ALLAH SWT,
akhirat dan agama. Walaupun kita tak pernah melihat ALLAH mahupun akhirat.
4. Supaya mengimbangkan Ilmu dengan Amalan
- Di zaman sekarang, semua orang tahu bahawa solat itu wajib, arak itu haram dan
sebagainya.
- Tetapi masih ramai orang Islam yang meninggalkan solat, dan masih ramai yang minum
arak. Kenapa?
- Kerana ilmu dengan amal tidak seimbang. Dengan mendengar fadhilat-fadhilat amal,
InsyaALLAH amalan akan meningkat dan dengan ini ilmu dan amal akan seimbang.
5. Supaya dapat menghidupkan Sunnah Nabi SAW
- Amalan taklim merupakan satu sunnah Nabi SAW
- Amalan taklim merupakan satu amalan di Mesjid Nabawi
- Dengan mengadakan majlis taklim, kita dapat menghidupkan sunnah Nabi SAW.
Adab Taklim
a) Hendaklah mengambil wudhuk terlebih dahulu
b) Jangan duduk bersandar
c) Jangan meninggalkan majlis kerana desakan tabiat (contohnya; buang air kecil, merokok dll)
d) Jangan berbisik-bisik atau berbual-bual semasa taklim sedang dilaksanakan.
e) Tutup aurat.
f) Untuk orang lelaki, pakailah wangian.
g) Dengar dengan penuh tumpuan.
h) Niat untuk amalkan
i) Jika mendengar nama Nabi SAW disebut hendaklah kita berselawat.
j) Untuk pembaca taklim, semasa taklim dibaca janganlah mengemukakan pendapat sendiri.
Bacalah segala apa yang terkandung di dalam kitab. Tetapi setelah membaca sesuatu hadith, jika hendak menyampaikan sepatah dua kata untuk menggalakkan orang ramai supaya beramal dengannya, itu tidak mengapa.
Perhatian :
Untuk ayat-ayat Al-Quran dan Hadith (yang ditulis dalam italic) eloklah dibaca dua kali untuk mendapatkan kesan yang lebih.
** Hadith-hadith berkaitan solat jemaah adalah ditujukan kepada orang lelaki sahaja kerana orang perempuan lebih afdhal solat di rumah.
Rasulullah SAW bersabda. ”... solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di mesjidku”
Rasulullah SAW juga bersabda, ”Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh ALLAH SWT ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap di rumahnya.”
** Digalakkan untuk membaca taklim setiap hari di rumah selama 5 – 10 minit. Jika berbuat demikian, InsyaALLAH.... ALLAH akan memberikan kesan yang amat positif, iaitu menimbulkan kecintaan untuk beramal.
Untuk tujuan membuat taklim di rumah, bolehlah dibaca fadhilat-fadhilat dari buku-buku, seperti :-
Fadhilat Solat
Fadhilat Zikir
Fadhilat Al-Quran
Fadhilat Ramadhan
Fadhilat Tabligh
Kisah Para Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment