Perancangan harta bermula daripada mencari sumber kewangan, membelanjakan kewangan, melindungi kewangan, membayar zakat kewangan, menyimpan kewangan, membuat pelaburan dan sehingga bagaimana mengagihkan kewangan kepada waris selepas peninggalan kita.
Terdapat tujuh (7) tingkat perancangan yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Dicatatkan dua (2) pilihan, iaitu halal dan haram.
Langkah 1 :
MENCARI HARTA
Halal - Bekerja, sama ada dengan kerajaan, swasta, berniaga atau bekerja sendiri.
Haram - Mencuri, merompak, makan riba atau memperoleh rezeki dari sumber haram.
Langkah 2 :
MELINDUNGI HARTA
Halal - Menyertai skim Takaful
Haram - Membeli polisi insurans konvensional
Langkah 3:
MEMBELANJAKAN HARTA
Halal - Membelanjakan harta untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan tanggungan.
Haram - Membeli sesuatu yang diharamkan untuk diri, keluarga dan tanggungan.
Langkah 4 :
MENGELUARKAN ZAKAT HARTA
Halal - Mengeluarkan zakat fitrah, perniagaan, kewangan, harta dan cukai pendapatan.
Haram - Mengelakkan diri dari membayar zakat dan cukai pendapatan.
Langkah 5 :
MENYIMPAN HARTA
Halal - Menyimpan wang di institusi yang bebas daripada riba.
Haram - Menyimpan wang di institusi yang mengamalkan riba.
Langkah 6 :
MELABURKAN HARTA
Halal - Melaburkan wang di institusi yang bebas daripada riba, gharar dan judi.
Haram - Melaburkan wang diinstitusi yang mengamalkan riba, gharar dan judi.
Langkah 7 :
Merancang untuk Mengagihkan Harta
Menulis surat wosiyah, hibah, wasiat, wakaf dan seumpamanya.
Membuat perjanjian untuk mengagihkan harta tidak mengikut faraid yang ditetapkan.
Sementara itu, Skim Takaful mendapat tempat utama kerana skim ini merangkumi banyak aspek iaitu perlindungan, simpanan, pelaburan dan pengagihan harta selepas mati.
Takaful juga merupakan amalan mulia kerana peserta yang menyertai Takaful adalah seorang penderma sepanjang hayat.
Dari segi perbandingan, menyertai takaful, menyimpan di bank atau melabur di dana amanah pula, ternyata skim Takaful sangat menguntungkan.
Sumber : Dr. Abd. Razak Abu Chik, Mengurus Harta, (U.Malaysia, 17 April 2008, hlm 14 Mega)
sempena Minggu Amanah Saham Malaysia 2008 (19-28 April 2008 di MITC Ayer Keroh)
(arbacmys@netscape.net)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment