1.Utamakan keperluan anak
Dalam buat sebarang keputusan, utamakan kepentingan anak-anak, terutama dalam soal kewangan dan pendidikan.
2.Lindungi anak
Tugas utama seorang bapa ialah sebagai pelindung. Lindungi anak-anak dalam apa sahaja aspek hidup, seperti elakkan kemalangan kecil di rumah, tempat duduk khas dalam kereta, mahupun sekeping sijil takaful.
3.Luang masa bersama anak
Manfaatkan sepenuhnya cuti hujung minggu bersama anak-anak. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi menambah keceriaan dan keseronokan hidup sekeluarga. Apatah lagi jika pada hari bekerja, bapa selalu pula pulang lewat.
4.Bermain dengan anak
Mungkin hobi bapa dan anak ada persamaan. Luangkan masa terutama pada hujung minggu untuk bermain futsal, boling atau melukis di taman.
5.Sesekali lakukan tugas ibu
Seorang bapa cool, sekali sekala akan melakukan tugas-tugas memasak atau mengemas rumah. Di samping membantu isteri, ini dapat juga mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak. Kerja-kerja rumah ini bolehlah dilakukan bersama dengan anak-anak. Percayalah, hubungan bapa dengan si anak akan bertambah erat hingga ke tua jika si bapa banyak juga menukar lampin, berikan susu dan menidurkan anak-anak.
6.Tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak
Tak perlu malu untuk mencium, memeluk atau mengusap rambut anak setiap kali pulang ke rumah. Cara ini membuatkan hubungan bapa dan anak bertambah erat. Anak-anak juga tidak malu untuk berkongsi masalah atau meluahkan perasaan.
7.Jadi rakan kepada anak-anak
Di sebalik mempertahankan sifat dominan dan ketegasan seorang bapa, amat molek dekati, kenali dan jalin hubungan paling rapat dengan anak-anak.
8.Ingat hari penting anak
Sebagai tanda kasih dan ingatan. Anak-anak akan lebih menghargai.
9.Hormati ibu anak-anak (isteri)
Sesekali beri rehat pada isteri. Amalkan urut istimewa. Jika si ibu gembira, pasti anak-anak juga akan gembira. Anak-anak juga pandai menghargai dan menghormati.
10.Jaga kesihatan diri
Kesihatan adalah permulaan pada kehidupan keluarga yang sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment