1.Kamu kata kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab kamu kepadaNya.
2.Kamu membaca Al-Quran (Kalam Allah), tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.
3.Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan kamu juga taat kepadanya (pada seruannya).
4.Kamu kata kamu ummat Muhammad, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.
5.Kamu kata, ”Kami ingin menduduki syurga Allah.”, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan-amalan yang akan membawa kamu ke syurga.
6.Kamu berdoa meminta dijauhkan api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.
7.Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Malah seolah-olah kamu hendak kekal di dunia.
8.Kamu sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi kamu lupa dengan keaiban diri kamu sendiri.
9.Kamu setiap hari makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur.
10.Kamu tanam saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu langsung tidak mengambil pelajaran (iktibar) dari kerjamu itu.
Dengan itu maka, taatlah akan Allah, beramallah dengan ajaran Al-Quran, perangilah syaitan berhabis-habisan. Hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah, berjalanlah di atas jalan-jalan syurga, hindarkan dirimu dari masuk ke jalan ahli-ahli neraka.
Bersedia untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu.
Banyakkan meminta ampun (istighfar) dan bersyukur, ingatlah kamu bahawa setiap diri diikat oleh maut. InsyaAllah... Jika engkau demikian, maka doamu akan sentiasa diterima Allah.
”Berdoalah. Nescaya kami memperkenankannya”
IBRAHIM ADHAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment