Monday, October 6, 2008

PETUA KESIHATAN (AMALAN RASULULLAH SAW)

Ini adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Kata seorang ustaz, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya.

Apa kata kita ikut diet ini.


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
2. TIDUR, 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DI MAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak pelik.. Kalau tak percaya pun...Sila cuba dulu.. InsyaALLAH ia amat berkesan bila kita sudah tua nanti.


Dalam kitab juga ada menyebut tentang pemakanan - yang melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi SAW pernah menegah kita makan ikan bersama susu, kerana dikhuatiri mudah mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai - dalam badan ayam mengandungi ion positif dan dalam ikan mengandungi ion pegatif. Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Untuk kita menjaga kesihatan bolehlah amalkan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Boleh disaksikan orang yang mengamal mandi pagi kebanyakannya badan mereka tak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air kosong setiap pagi. Mujarabnya - InsyaALLAH dapat menjauhkan penyakit (susah dapat penyakit sakit).

3. Semasa menunaikan solat Subuh kita disunatkan bertafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini dapat mengelakkan daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti apabila saintis telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan, apabila sudah makan hendaklah dijilat jari. Kajian saintis juga telah menemui bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda berbanding yang terdapat dalam air liur. (enzim ialah sejenis bahan percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

No comments: